cute merchandise here! :)

Thursday, June 30, 2011

Cita dan Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera. :D 
uihhh tu dia macam baca berita noo.
hari ni bukan nak tulis pasal drama Cita dan Cinta yang tengah hangat kat tv9 sekarang ni. (padahal baru sekali je tengok)
aku juga punya cita dan cinta tersendiri. so, antara cita dan cinta, mana yang korang akan pilih dulu?
cita dulu baru cinta, cinta dulu baru cita, atau cita dan cinta sekaligus?
kalau untuk aku la kan, haruslah cita dulu kemudian barulah cinta...
(jawapan standard untuk orang tak ada bf) -_-'

buat masa sekarang memang tak nak fikir pun nak ada bf atau mencari bf. tapi kadang-kadang sunyi jugak jadi single ni. hampeh tul.
aku rasa la kan, mesti aku kahwin lambat nanti. sebagai anak sulung tanggungjawab tersangatlah berat berkilo-kilo. rasanya lagi berat dari anak gajah kot. 

memandangkan aku ni tak hot macam Kilafairy, mesti susah nak dapat bf kan. takpe, nanti aku masuk program "Jaja mencari cinta..." confirm rating meletups tak naik-naik. hahaha. bagi aku nak ada kerja yang stabil dulu. sekarang ni semua benda pakai duit. even kau nak dating pun kena pakai duit jugak. harga barang2, minyak dan sebagainya tak nak makin turun pulak kan. sebab tu kena kerja bagus2 dulu. lepas tu nak fikir pasal apa pun, lantaklah. 

ni haaa. antara artis-artis malaysia yang boleh buat aku cair macam lilin. berangan jela nak dapat bf macam dorang. tapi bak kata cik jejariruncing, berangan itu perlu. kui3. diri sendiri pun macam belon. ada hati pulak nak bf macam dorang ni kan.

Awal Ashaari. perghh badan dia...ehh maksud aku style dia. memang macho habislah. untung scha al-yahya. tengok Awal ni mengingatkan aku kat prince. hmm...



Fahrin Ahmad. single ke tak lagi ni? fuhhh hari tu jadi pengacara imam muda. tak berkelip mata aku pandang tv. sejuk mata ni memandang. kui3. cuci mata namanya tu.



 
pelakon terhandal di abad ini. Shaheizy Sam. korang ada tengok Kubur Tak Bertanda hari tu tak? wuuu comel gila kot dia cakap korea, meleleh aku kat depan tv. muehehe.





yang ni pulak aikkkkk?? sosek pulak Donghae oppa den kek sini. haha! artis korea tak payah cakap lah kan memang bukan tahap cair macam lilin dah. hancur lebur terus!


p/s: selalu terfikir agaknya macam mana la rupa laki aku nanti. ke tak kahwin langsung? hahhh.... (tampar mulut byk kali)


Wednesday, June 29, 2011

mencari kepala yang sesuai.

Assalamualaikum!
tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg.....(feeling2 Maria Elena gitu)

salam Israk Mikraj 27 Rejab 1432 H, semoga kita lebih menghayati hari yang bersejarah dalam Islam ini dan menginsafi dari peristiwa tersebut. sayangnya hari ni tak dapat puasa (well u know why). sesiapa yang berpuasa pada hari 27 Rejab, ianya seperti berpuasa 60 bulan manakala kalau dicampur dengan amalan sedekah yang kita lakukan, bersamaan dengan berpuasa seribu tahun. correct me if i'm wrong. aku masih lagi belajar dan terus belajar. :)

sejak beberapa jam yang lepas kepala ni agak serabut sikit. padahal benda kecik je, tapi tetap gak nak fikir sampai pukul 6.30 pagi ni. haha.
sebenarnya aku tengah berkira-kira apakah header yang sesuai untuk blog aku ni.
as u can see at the above, kepala belog aku ni dah botak dan kosong. jadi pada pendapat korang, apakah kepala yang sesuai untuk aku tempek kat atas tu ha? gambar aku kah? gambar orang lain kah? gambar haiwan peliharaan aku kah? eh kang tak pasal2 Miller dengan Milly dapat publisiti lebih. mana boleh.

ishhh benda macam ni pun boleh buat aku serabut. kepala oh kepala.

sementara berfikir tu meh aku nak berangan-angan couple dengan Shaheizy Sam jap.



Thursday, June 23, 2011

eh akak muka baik tau. ;)

Assalamualaikum and hello everyone! ;)
phewww agak lama tak update blog, i know, bukan korang kisah pun kan hahahh #sentap
untuk siapa-siapa yang tak tau tu dikala orang lain tengah syok goyang-goyang kaki dan berlari-lari ditepi pantai akibat UiTM cuti semester 4 bulan lamanya, aku pulak tak berapa nak cuti. 
or maybe tak cuti langsung. hoo yeahh.
cuti semester ku dipenuhi dengan intersession class or senang cerita short course and also insyaAllah I'll be starting my internship on July, which is next week.
tak mengapa sikit je lagi nak habis. dah nak last sem dah. Alhamdulillah. cuba untuk tidak merungut banyak, nanti diri sendiri yang rugi. betul tak?

rasa macam tak percaya je dah nak habis belajar.
tup tup dah 4 tahun rupanya aku kat UiTM, campur dengan asasi sekali la.
rasa macam baru je tinggalkan zaman sekolah, hakhak nak feeling maintain mudo yoo.
kawan-kawan sekolah aku pun ada yang dah kerja, dah kahwin, dah beranak.
yang masih belajar pun ramai lagi. huuu termasuklah aku.
mengimbas semula zaman high school, serius best. sbb zaman aku paling menggila.
memang kalau boleh nak pergi sekolah balik la. haha.
korang percaya tak aku ni muka ponteng kelas pastu merosakkan harta sekolah?
ouhh tolongla percaya! #PengakuanBeraniMati


Marina Ilmar atau Meyna. partner in crime aku sejak dari form 1 lagi. kat sekolah dulu ramai yang cakap kitorg macan twins.
sebab chubby lebih kurang pastu duo-duo pakai spec lak kan mmg terbaiklah di cop twins, padahal muka tak sama pun.
paling kitorang sakit hati bila adik-adik junior selalu tersilap cam kitorang.
datangla sorang kat aku. "Akak, hari tu kelab kembara punya aktiviti tu akak ada pergi ke?" (padahal meyna yang ahli kelab kembara, memang tak la muka aku nak pegi masuk hutan panjat gunung bagai. i kan puteri lilin. euwww)
kadang2 meyna pulak merungut. ada budak tanya dia pasal PBSM, sebenarnya yang masuk PBSM tu aku. haa tak ke kitorang terpaksa bersabar separuh dari iman? hahaha.

lower form kitorang paling setan. nakal nak mampus.
asal kelas boring je kitorang blah pergi merayau. tapi takdela sampai nak ponteng sekolah panjat pagar angkat kain semua.
kadang2 kalau dah malas sangat kitorang lepak kat library je, baca buku.
kan aku dah cakap, akak muka baik tau, walaupun ponteng class. wakaka
pastu orang duk tampal2 benda kat papan kenyataan, kitorg pergi koyakkan.
aiseyhman. kitorang tak jahat cuma nakal sikit je. tehee.

upper form pulak dua-dua terpaksa berbuat baik.
ehh tak, memang kitorang baik pun. (tangan kebahu mata keatas)
meyna jadi pengawas, aku pulak pembimbing rakan sebaya (padahal diri sendiri tak terbimbing. choyyy)
kitorang pun tak sama kelas dah. meyna ambik pure science, aku ambik account.
tapi serius zaman sekolah sangat best. dapat pulak cikgu2 yang best jugak.
kawan-kawan gempak. sporting habis. cool gila!
paling tak boleh lupa form 5 la, banyak kenangan manis dan pahit semua.
haihh. wish we can turn back the time. kan? ;)


ni masa form 4, gambar untuk school magazine. muka masing-masing sumpah kebudakan gila. hahaha!

ni pulak time form 5, lepas kitorang buat jamuan hujung tahun/perpisahan. ditengah-tengah itu adalah guru kelas kitorang, cikgu Ganesan. ajar subjek Bahasa Melayu tau! best sangat! merasa la aku dapat A time SPM dulu. hehehe. terima kasih cikgu!

p/s: untuk tumBESARan gambar sila open in new tab. credits pictures from my bestie Ezzah Ediana :) haaa aku sengaja tak bulatkan gambar aku. saje nak korang cari. cer teka cer teka mana satu aku? ;D

klu: muka yang paling suci murni itu adalah aku. ;p (hak tuih)


nak tengok gambar aku masa sekolah rendah tak? yang comot momot serabai mabai gila. nak? haha. tungguuuuu..................