sekarang musim demam Nur Kasih The Movie (NKTM). ke aku sorang je yang demam dan angau kat Adam? hahaha. akibat terlampau teruja untuk menonton NKTM, maka aku dan beberapa orang cousins pergila menonton hari Ahad hari tu kat Cathay Cineplex The Curve. kitorang tengok yang paling awal punya kot, pukul 11.30 pagi.
sebelum tu aku ada jugakla dengar feedback dari kawan-kawan aku yang dah tengok movie tu. ada yang cakap tak best, ada yang cakap best sangat sampai dah dua kali tengok. walaupun ada yang cakap tak best, perasaan teruja untuk menonton movie tu tetap tak berubah. (poyo tak?) hahaha. ;p
aku dan para sepupu yang sangat excited and sanggup bangun awal pagi dihari Ahad semata-mata nak tengok NKTM hehe.
ok bagi pendapat aku la kan, berbaloi tengok movie ni. selama ni kita asyik tengok love story cintan cintun versi moden je. tapi yang ni, cinta yang berunsurkan keagamaan. Subhanallah. kalau lah aku boleh jadi seperti Nur Amina. alangkah bagusnya....
"Ambillah apa saja kecuali Nur" - Adam
aku mahu suami seperti Adam. thumbs up untuk Remy Ishak yang berjaya membawa watak Adam dan Tiz Zaqyah untuk watak Nur Amina.
babak-babak caring and romantik antara Adam dan Hawa sangat sweet. but i learnt from my lesson. lepas ni kalau nak tengok buat kali yang kedua, aku nak bawak tisu beberapa helai. asal babak sedih je aku mesti nangis. aku kan sensitive orangnya. haha. paling tak menahan habis movie lampu on je aku tengok cousins aku yang 3 orang tu mata berair-air termasuklah yang lelaki. kikiki.
overall, aku bagi 3.5/5 la. actually nak bagi 4 tapi takut korang letak harapan yang tinggi pastu pegi tengok korang rasa tak best pulak. like i said before macam yang aku tengok Kongsi tu, different people come out with different opinion. mungkin NKTM ni tak sebagus yang kita harapkan macam drama dia. tapi movie berdurasi satu jam lebih sahaja, memang itu jelah yang kita boleh tengok. kalau drama bolehla nak panjang2 kan lagi babak and tambah lg adegan2 romantiknya.
so, support our local industry film by watching NKTM! korang jangan ingat aku duk tergila-gilakan Baim Wong pastu kat twitter asyik tweet dalam bahasa Indo je so aku tak support local film la. SALAH TU! haha. dengar cerita NKTM tak akan ada kat Astro First tau. kena tengok kat cinema jugak hihi.
p/s: part lagu Tanpamu yang Boy nyanyi dgn Helena dalam movie ni sesuai dengan babak dalam filem ni. terbaik! :)