cute merchandise here! :)

Wednesday, January 11, 2012

i'm back!

OMG OMG i've so many things to write in here. when was the last time i wrote the entry? August hah? hahaha. been so lazy to write the blog and now i'm back and i'll try to update this so-call lovey dovey blog frequently. LOL LOL. ok got to go. till then. see ya!

Friday, August 5, 2011

double trouble malas.

boleh tak guna alasan berpuasa so malas nak mengupdate blog? hihihi. 
anyway, selamat menyambut bulan ramadhan untuk semua readers yang beragama Islam. 
semoga di dalam bulan yang mulia ini kita akan lebih melakukan amal ibadat dan mendapat keberkatan dari Nya. Aminnn...


p/s: baju raya baru ada sepasang la hadoi. :(

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday.



Tuesday, July 26, 2011

yeayy dapat kepala dah! ;p

apahal muka banyak senyum?


seperti yang kelihatan nun diatas, aku telah menempek kepala baru untuk blog aku. finally! selepas sekian lama aku memikirkan sejak dari entry ni lagi, akhirnya ada jugak header baru yang sesuai untuk aku yang sudah 'berhijrah' ni. huhu.

tapi, perasan tak header ni cantik tak macam aku punya kerja? hakhak memang bukan aku punya kerja pun. credits to cik yaya or aku panggil kak yah je, sebab tolong buat header blog aku ni atas permintaan dari aku. cer tengok cer tengok blog dia. super duper cute! (ok aku tak nak puji lebih-lebih da nanti dio kombang). dah tengok blog dia tu jangan terpedaya sangat dengan gambar dia yang ala-ala sopan santun ayu sleeping bagai. nampak je muka lembut tu, padahal mulut dia sama macam mulut aku ni ha, takde insurans langsung. hehhh. ;p


p/s: mekasihhh kak yah. nanti aku belanja kau chocolate seperti yang dijanjikan. ;)












ada siapa-siapa pergi/nak pergi Langkawi tak? tolong boli an cokelat favourite den ni haaa. nyum nyum.

Saturday, July 23, 2011

ada orang panggil aku Mia, ok sila muntah sekarang.

Assalamualaikum and hello everyone! :D it has been a while since the last time i updated the blog. *lirik mata kt Nini cokolat celup yang tegur aku sebab dah seminggu lebih tak update blog. nak kata busy, tak jugak. cuma kadang-kadang idea untuk update tak berapa nak mencurah-curah ke ladang gandum. hikhik. ok meh sini aku tulis karangan bertaraf PMR.


ouhh by the way i've started my internship awal bulan hari tu. setelah berhempas pulas berfikir bagai nak pecah otak dan memenatkan jari-jemari yang kasar ini untuk hantar resume ke company-company yang berkenaan, i finally end up doing my internship with Abang Aszuad, manager boy. the reason why i chose to do my internship with him is because, i wanna do something that i like. that's it. lagipun dah setahun lebih kenal dia dan boy, so kekok tu kurangla sikit. to the new readers, boy yang dimaksudkan adalah Sabhi Saddi.


kerjaku kebanyakannya ikut abg pergi sana sini jumpa client dan bawak boy pergi show/photoshoot/event. kejap pergi media prima, kejap pegi RTM, then kadang-kadang bergegas ke tempat lain pulak. macam tu lah ceritanya. mungkin korang rasa praktikal aku ni tak berapa nak sesuai dengan course yang aku ambik - English for Professional Communication. bagi aku ada je kaitannya. i do translation. i find newspaper articles. i communicate with various people. and sometimes i help boy with his speech. yada yada yada~


photoshoot untuk raya di jalan masjid india



on the way to Hot FM.


media prima aka TV3.

memperkenalkan bos saya, abg aszuad. BB is his 2nd wife. kejap-kejap ada orang call. tak call ada sms/bbm pulak. fuhhh2.


kadang-kadang boy memang tiga suku. -_-'


otw to RTM

rakaman untuk hari raya



bilik wardrobe.





selain dari bergegas kesana kemari bekerja, sempat jugak pulang ke rembau menghadiri perkahwinan abg Edy yg merupakan abang kepada bestie aku cik Ezzah Ediana. meriah sungguh! wife dia cantik dan somel macam barbie doll. 


 bila tengok orang kahwin aku pun mula la berangan nak kahwin jugak kan. lepas tu mula la sentap hati mak nak sebab tiba-tiba teringat aku ni bf pun takde lagi. iskkkk. sadisssss...










ezzah dan boyfriend tersayangnya Fahmi menjadi pengapit. tak sabar pulak nak tengok mereka naik pelamin. hihihi.

tahniah abg Edy! mesti nanti dapat baby comel-comel belaka. :)





nak-nak pulak comel macam Mia Sara Nasuha ni. uiii geram lak aii. (mood baru lepas tengok Sekali Lagi)







ada jejaka tampan panggil aku dengan nama Mia. memandey je tukar nama aku ke Mia. nama Mia ni untuk girl comel-comel bolehla. err tapi aku pun comel jugak. gemuk comel. hikhikhik. boleh tak? -_-'





jejaka yang dimaksudkan. dahla panggil aku Mia, pastu boleh pulak gelarkan aku ni akak si boy. maunya tak meraung aku dibuatnya dia nih!

to izwan pilus: awak, kita ambik gambar ni dari fanpage awak. jangan marah ye ;)





blablabla: ada orang block aku kat FB. yang peliknya aku tak buat apa-apa pun kat dia, jauh sekali nak mengacau hidup dia. girl read this... 

you're so pathetic.


Saturday, July 9, 2011

have i told you that i'm a homosexual?

ini pengakuan yang sangat berani mati. yang mungkin akan mengejutkan ramai pihak. maaf sebab selama ni aku merahsiakan perkara ini. kadang-kadang kita tak perlu berterus terang dengan masyarakat supaya kita tidak dipandang senget. i mean...serong.

mungkin korang nampak aku ni ayu bertudung comel-comel tembam serta manis lagi menawannya, korang akan fikir yang aku ni baik orangnya. sebenarnya tidak sama sekali. ingin aku nyatakan disini yang sebenarnya aku ini ada lah seorang homosexual. ya, dengan erti kata lain, aku meminati orang yang sejenis denganku. hopefully korang jangan terkejut. sebenarnya dalam diam-diam, aku menyukai.............



















Kilafairy! 
ngeh ngeh ngeh. buat suspens je kan? alaa kalau tak suspens pun korang tolongla buat-buat suspens sikit. ponek den berlakon tau kui kui kui. 


buat siapa-siapa yang tak tau Kilafairy tu siapa, sila benamkan kepala anda dalam air. minah ni punya hot bibir mungil nak mampus boleh pulak kau tak tau. cer google cer google.


mendapat gelaran Angelina Jolie malaysia, kilafairy ni adalah pelakon baru yang ramai orang duk sebut-sebut. sebab muka dia yang agak hot tu. ahhh aku peduli apa dia cucuk ke plastic surgery ke original ke, janji aku suka tengok muka dia. wuuu nak-nak pulak dia panggil aku sweetie. alahai terduduk aku kat depan laptop. (padahal memang tengah duduk pun) hakhak. ;p






hot dowhhh. grrrr.



 photo credits to her fanpage.



p/s: admiring her lips the most! nanti aku nak try tangkap gambar buat bibir cam gini. cer tangkap cer tangkap.

Monday, July 4, 2011

husband last minute

Hello and Assalamualaikum.
kum apa kombat. bat apa batman.
man apa, haa kau sambungla sendiri. ponek den. ;p

siapa yang kenal aku betul-betul, mesti tau aku ni manusia last minute punya orang. study last minute, buat assignment last minute, apa benda last minute lah. kadang-kadang sembahyang pun last minute. tehee. sebab aku ni kalau tak last minute, memang takkan siap.


konon-konon nak buat assignment dua minggu lebih awal, haram jadah aku mengadap je laptop tu tak buat apa-apa last2 end up berfacebook twitter bagai. tapi kalau assignment tu memerlukan aku banyak buat benda, memang kena start buat awal la. kau gila nak buat sehari sebelum submission date?


pasal study, aku memang kena buat last minute. nak tau satu rahsia tak? aku ni cepat pelupa. kalau aku study awal-awal pun hampeh dua hari lepas tu confirm aku tak ingat apa yang aku study. kalau nak study awal pun kena back to back sampaila ke hari exam. kadang-kadang lagu favourite aku pun aku tak ingat lirik. kalau masuk rancangan "Jangan Lupa Lirik" confirm lagu first aku dh tergolek da. -_-'


bila study last minute, pointer pun biasa-biasa je. average level la. lagipun, bukan ke dalam Islam mementingkan kesederhanaan? hihihi (alasan nak selamatkan diri). 



ok ini bukan lakonan semata-mata. ini hakikat. bukan senang Jaja Aisyah nak study kat library. dalam satu sem tu rasanya sekali je kot. -_-'


segala-galanya nak last minute kan. entah-entah nanti nak kahwin pun dapat laki last minute gak. ehh ada ke macam tu? haha. bulan depan nak kahwin, sebulan yang lepas baru je kenal bakal suami aku tu. tak ke naya. kui kui kui.


setiap orang pasti berlainan caranya. ada yang jenis tak boleh last minute, ada yang jenis boleh last minute dan siap tepat pada masanya. janji pandai-pandai la agak. so, which category are you in?



calon suami. muehehe. (berangan jela keje kau)

Thursday, June 30, 2011

Cita dan Cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera. :D 
uihhh tu dia macam baca berita noo.
hari ni bukan nak tulis pasal drama Cita dan Cinta yang tengah hangat kat tv9 sekarang ni. (padahal baru sekali je tengok)
aku juga punya cita dan cinta tersendiri. so, antara cita dan cinta, mana yang korang akan pilih dulu?
cita dulu baru cinta, cinta dulu baru cita, atau cita dan cinta sekaligus?
kalau untuk aku la kan, haruslah cita dulu kemudian barulah cinta...
(jawapan standard untuk orang tak ada bf) -_-'

buat masa sekarang memang tak nak fikir pun nak ada bf atau mencari bf. tapi kadang-kadang sunyi jugak jadi single ni. hampeh tul.
aku rasa la kan, mesti aku kahwin lambat nanti. sebagai anak sulung tanggungjawab tersangatlah berat berkilo-kilo. rasanya lagi berat dari anak gajah kot. 

memandangkan aku ni tak hot macam Kilafairy, mesti susah nak dapat bf kan. takpe, nanti aku masuk program "Jaja mencari cinta..." confirm rating meletups tak naik-naik. hahaha. bagi aku nak ada kerja yang stabil dulu. sekarang ni semua benda pakai duit. even kau nak dating pun kena pakai duit jugak. harga barang2, minyak dan sebagainya tak nak makin turun pulak kan. sebab tu kena kerja bagus2 dulu. lepas tu nak fikir pasal apa pun, lantaklah. 

ni haaa. antara artis-artis malaysia yang boleh buat aku cair macam lilin. berangan jela nak dapat bf macam dorang. tapi bak kata cik jejariruncing, berangan itu perlu. kui3. diri sendiri pun macam belon. ada hati pulak nak bf macam dorang ni kan.

Awal Ashaari. perghh badan dia...ehh maksud aku style dia. memang macho habislah. untung scha al-yahya. tengok Awal ni mengingatkan aku kat prince. hmm...



Fahrin Ahmad. single ke tak lagi ni? fuhhh hari tu jadi pengacara imam muda. tak berkelip mata aku pandang tv. sejuk mata ni memandang. kui3. cuci mata namanya tu.



 
pelakon terhandal di abad ini. Shaheizy Sam. korang ada tengok Kubur Tak Bertanda hari tu tak? wuuu comel gila kot dia cakap korea, meleleh aku kat depan tv. muehehe.





yang ni pulak aikkkkk?? sosek pulak Donghae oppa den kek sini. haha! artis korea tak payah cakap lah kan memang bukan tahap cair macam lilin dah. hancur lebur terus!


p/s: selalu terfikir agaknya macam mana la rupa laki aku nanti. ke tak kahwin langsung? hahhh.... (tampar mulut byk kali)


Wednesday, June 29, 2011

mencari kepala yang sesuai.

Assalamualaikum!
tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg.....(feeling2 Maria Elena gitu)

salam Israk Mikraj 27 Rejab 1432 H, semoga kita lebih menghayati hari yang bersejarah dalam Islam ini dan menginsafi dari peristiwa tersebut. sayangnya hari ni tak dapat puasa (well u know why). sesiapa yang berpuasa pada hari 27 Rejab, ianya seperti berpuasa 60 bulan manakala kalau dicampur dengan amalan sedekah yang kita lakukan, bersamaan dengan berpuasa seribu tahun. correct me if i'm wrong. aku masih lagi belajar dan terus belajar. :)

sejak beberapa jam yang lepas kepala ni agak serabut sikit. padahal benda kecik je, tapi tetap gak nak fikir sampai pukul 6.30 pagi ni. haha.
sebenarnya aku tengah berkira-kira apakah header yang sesuai untuk blog aku ni.
as u can see at the above, kepala belog aku ni dah botak dan kosong. jadi pada pendapat korang, apakah kepala yang sesuai untuk aku tempek kat atas tu ha? gambar aku kah? gambar orang lain kah? gambar haiwan peliharaan aku kah? eh kang tak pasal2 Miller dengan Milly dapat publisiti lebih. mana boleh.

ishhh benda macam ni pun boleh buat aku serabut. kepala oh kepala.

sementara berfikir tu meh aku nak berangan-angan couple dengan Shaheizy Sam jap.



Thursday, June 23, 2011

eh akak muka baik tau. ;)

Assalamualaikum and hello everyone! ;)
phewww agak lama tak update blog, i know, bukan korang kisah pun kan hahahh #sentap
untuk siapa-siapa yang tak tau tu dikala orang lain tengah syok goyang-goyang kaki dan berlari-lari ditepi pantai akibat UiTM cuti semester 4 bulan lamanya, aku pulak tak berapa nak cuti. 
or maybe tak cuti langsung. hoo yeahh.
cuti semester ku dipenuhi dengan intersession class or senang cerita short course and also insyaAllah I'll be starting my internship on July, which is next week.
tak mengapa sikit je lagi nak habis. dah nak last sem dah. Alhamdulillah. cuba untuk tidak merungut banyak, nanti diri sendiri yang rugi. betul tak?

rasa macam tak percaya je dah nak habis belajar.
tup tup dah 4 tahun rupanya aku kat UiTM, campur dengan asasi sekali la.
rasa macam baru je tinggalkan zaman sekolah, hakhak nak feeling maintain mudo yoo.
kawan-kawan sekolah aku pun ada yang dah kerja, dah kahwin, dah beranak.
yang masih belajar pun ramai lagi. huuu termasuklah aku.
mengimbas semula zaman high school, serius best. sbb zaman aku paling menggila.
memang kalau boleh nak pergi sekolah balik la. haha.
korang percaya tak aku ni muka ponteng kelas pastu merosakkan harta sekolah?
ouhh tolongla percaya! #PengakuanBeraniMati


Marina Ilmar atau Meyna. partner in crime aku sejak dari form 1 lagi. kat sekolah dulu ramai yang cakap kitorg macan twins.
sebab chubby lebih kurang pastu duo-duo pakai spec lak kan mmg terbaiklah di cop twins, padahal muka tak sama pun.
paling kitorang sakit hati bila adik-adik junior selalu tersilap cam kitorang.
datangla sorang kat aku. "Akak, hari tu kelab kembara punya aktiviti tu akak ada pergi ke?" (padahal meyna yang ahli kelab kembara, memang tak la muka aku nak pegi masuk hutan panjat gunung bagai. i kan puteri lilin. euwww)
kadang2 meyna pulak merungut. ada budak tanya dia pasal PBSM, sebenarnya yang masuk PBSM tu aku. haa tak ke kitorang terpaksa bersabar separuh dari iman? hahaha.

lower form kitorang paling setan. nakal nak mampus.
asal kelas boring je kitorang blah pergi merayau. tapi takdela sampai nak ponteng sekolah panjat pagar angkat kain semua.
kadang2 kalau dah malas sangat kitorang lepak kat library je, baca buku.
kan aku dah cakap, akak muka baik tau, walaupun ponteng class. wakaka
pastu orang duk tampal2 benda kat papan kenyataan, kitorg pergi koyakkan.
aiseyhman. kitorang tak jahat cuma nakal sikit je. tehee.

upper form pulak dua-dua terpaksa berbuat baik.
ehh tak, memang kitorang baik pun. (tangan kebahu mata keatas)
meyna jadi pengawas, aku pulak pembimbing rakan sebaya (padahal diri sendiri tak terbimbing. choyyy)
kitorang pun tak sama kelas dah. meyna ambik pure science, aku ambik account.
tapi serius zaman sekolah sangat best. dapat pulak cikgu2 yang best jugak.
kawan-kawan gempak. sporting habis. cool gila!
paling tak boleh lupa form 5 la, banyak kenangan manis dan pahit semua.
haihh. wish we can turn back the time. kan? ;)


ni masa form 4, gambar untuk school magazine. muka masing-masing sumpah kebudakan gila. hahaha!

ni pulak time form 5, lepas kitorang buat jamuan hujung tahun/perpisahan. ditengah-tengah itu adalah guru kelas kitorang, cikgu Ganesan. ajar subjek Bahasa Melayu tau! best sangat! merasa la aku dapat A time SPM dulu. hehehe. terima kasih cikgu!

p/s: untuk tumBESARan gambar sila open in new tab. credits pictures from my bestie Ezzah Ediana :) haaa aku sengaja tak bulatkan gambar aku. saje nak korang cari. cer teka cer teka mana satu aku? ;D

klu: muka yang paling suci murni itu adalah aku. ;p (hak tuih)


nak tengok gambar aku masa sekolah rendah tak? yang comot momot serabai mabai gila. nak? haha. tungguuuuu..................